Berikan aku secawan kopi manisnya bergulakan realiti, hulurkan aku sekeping roti tapi jangan bermentegakan mimpi.
Saturday, 18 May 2013
REFLEKSI MINGGU KE-8
Pada minggu ke-8 masih sama seperti minggu ke-7 dimana kami diberikan peluang untuk menerangkan apa yang kami faham tentang Pendekatan, kaedah Teknik dan Strategik pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu kami diberi penjelasan mengenai tugasan yang perlu dilakukan secarai individu mengenai Rancangan Pengajaran Harian. Setiap orang perlu menghasilkan satu RPH untuk digunkan sebagai model pengajaran di minggu akhir. Pelajar akan melakukan praktikum pengajaran berdasarkan RPH yang telah disediakan.
REFLEKSI MINGGU KE-7
Pada minggu ke 7 ini kami diminta untuk melakukan perbincangan secara pembentangan berkumpulan di hadapan kuliah. Pada minggu ini kami membincangkan tentang Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategik Pengajaran dan Pembelajaran.
Pendekatan
Pendekatan
- Pendekatan induktif
- Pendekatan deduktif
- Pendekatan elektif
- Pendekatan komunikatif
Kaedah
Kaedah merupakan langkah2 pengajaran yang tersusun dan bersistematik serta mempunyai kesinambungan untuk mencapai objektif pembelajaran secara keseluruhan. Antara contoh kaedah yang boleh digunakan ialah:
- Kaedah kuliah
- Kaedah Tunjuk cara
- Kaedah Perbincangan
- Kaedah Projek
- Kaedah Perbincangan masalah
- Kaedah Kuiz
- Kaedah Lakonan
- Kaedah Eksperimen
Teknik
Teknik merupakan sesuatu cara pengendalian sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran tersebut. Teknik ini sebagai cara penyampaian bahan pengajaran yang telah dipilh oleh guru untuk pelajarnya.
Teknik yang dipilh perlulah selari dengan pendekatan dan kaedah yang akan digunakan. Antara teknik yang boleh digunkan ialah:
- Teknik main peranan
- Teknik latih tubi
- Teknik Perbahasan
- Teknik sumbangsaran
- Teknik simulasi
- Teknik drama
- Teknik forum
- Teknik dialog
Strategik
S- Specific (Pengajaran berfokus)
M- Measurable (Pengajaran yang diberikan boleh diukur melalui tugasan kepada pelajar)
A- Attainable (Apa yang disampaikan guru pelajar beleh capai)
R- Relevent (sesuatu topik boleh diterima, bertepatan bersesuaian)
T- Time-bound (ada tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap subjek)
Kesimpulannya, apa yang dibincangkan pada minggu ini jelas dan mudah difahami melalui teknik perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan yang dijalankan.
Friday, 17 May 2013
REFLEKSI MINGGU KE-6
Pada Minggu Ke-6 ini kami telah berpindah tempat kuliah ke Pusat Daialog Peradaban yang mana mempunyai ruang yang lebih kecil sedikit. Objektif utama Dr. Zuraidah memindahkan tempat kuliah kerana inginkan pelajar dekat dengan pensyarah dan memudahkan proses interaksi dalam pembelajaran ini berlaku. Dalam ruang yang sederhana tersebut pelajar lebih selesa utk bertanya dan interaksi dua hala berjalan dengan lancar.
Untuk pembelajaran pada minggu ini kami telah didedahkan dengan pendekatan kurikulum dan sikap yang perlu ada bagi seorang guru dalam mendidik pelajarnya. Antara pelajaran hari tersebut ialah tentang objektif kurikulum seni visual, Tumpuan utama seni visual, 4 bidang dalam pendidikan seni visual KSSR.
Selian itu, kami turut didedahkan tentang interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan untuk mengajar. Seorang guru mempunyai sikap terpuji dalam menjadi contoh kepada pelajarnya. kami juga turuk diperkenalkan dengan model kurikulim pengajaran oleh TYLER.
Kesimpulannya, untuk kuliah pada minggu 6 kami lebih terarah kepada matlamat kuriklum sekolah dan bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berkesan dalam menyampaikan kurikulum tersebut kepada pelajar. Diakhir kelas kami diberi tugasan untuk mencari maklumat berkaitan pendekatan, kaedah, strategik pengajaran dan pembelajaran.

SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK DARI SEGI J.E.R.I.S.
Sejak lahir lagi setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Semua ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Namun, tak semua keupayaan dan bakat itu dapat dilihat kerana kebanyakannya masih terpendam. Pendidikan seni visual merupakan salah satu subjek yang paling berkesan mampu memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat tersebut.
J- jasmani
Dalam pendidikan seni visual jasmani atau fizikal pelajar mampu terlatih melalui aktiviti atau kerja kreatif yang dihasilkan. Semua kerja seni perlu dilakukan dengan melibatkan penggunaan fizikal. Dalam pengajaran seni pelajar mampu membina kemahiran serta bakat yang terpendam dalam diri pelajar untuk dikeluarkan. Sebagai contoh kemahiran melukis dalam diri pelajar.
E- emosi
Emosi pulak merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan karya seni yang terbaik. Pelajar perlu mempunyai emosi yang stabil bagi melakukan sesuatu aktiviti seni. Melalui penghayatan, sesuatu idea untuk membuat karya itu mampu diwujudkan.
R- rohani
Rohani merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kerohanian iaitu menyedari dan menginsafi adanya pencipta. Melalui aktivisi seni pelajar mampu mupuk dan membina disiplin kendiri selain dapat membentuk akhlak mulia. Pelajar juga bolh mengaitkan seni dengan kehebatan ciptaan tuhan.
I- intelek
Melalui kerja seni dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis dalam merekacipta sesuatu. Selain itu tumpuan kepada daya berfikir pelajar kepada seuatau yg halus dalam menghasilkan sesuatu.
S- sosial
Melalui aktiviti seni ini interaksi dalam dunia seni antara pelajar dan guru dalam membina sesuatu karya yang kreatif. Selain itu, dalam seni nilai-nilai murni dapat dibentuk dalam diri pelajar seperti kesabaran, tanggungjawab, menghargai kurnian tuhan dan sebagainya.

Wednesday, 15 May 2013
MAJOR LEARNING THEORIES
1. Behavioral Learning
Pendekatan behavioris ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Dalam teori ini pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Dalam pembelajaran sesuatau 'rangsangan' yang diberikan akan menghasilkan tindakbalas terhadap perlakuan pelajar di dalam kelas. Selain itu, ia juga bersangkutan dengan keadaan sekeliling semasa proses pembelajaran dalam mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Hasil daripada kajian, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan tindakbalas.

2. Cognitive Developmental Learning
Dalam teori ini kajian mendapati pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkahlaku manusia. Manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman. Dalam hal ini manusia mampu untuk memerhatikan titik pertemuan antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ini dapat dilihat apabila setiap kali seseorang itu belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Dengan itu, terbukti yang sesuatu pembelajaran itu bermula melalui pengalaman yang dilalui. "Pengalaman merupakan salah satu proses pembelajaran ".
3. Humanistic Learning
Teori pembelajaran humanistik ini bergantung kepada emosi dan perasaan seseorang semasa pembelajaran. Setiap individu mempunyai cara belajar yang tersendiri. Hal ini merangkumi pengamatan, interprestasi murid tentang sesuatu peristiwa. Dalam pembelajaran ini setiap murid perlu mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Seseorang murid itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakkannya. Hal ini bermakna jika murid itu ingin berjaya dia perlu melakukan usaha ke arah untuk mencapai kejayaan itu dengan sendiri.Dalam teori ini ada menekankan pemantauan guru kepada pelajar untuk membimbingnya membentuk potensi diri ke tahap optimum.
REFLEKSI MINGGU KE-5
Pada minggu ke-5 kuliah merupakan kuliah pertama bagi kelas pendidikan dan pengajran seni bermula bersama Dr.Zuraidah. Pada minggu ini kami didedahkan dengan apa itu Teori Pedagogi, mengikut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau dari sudut tradisi, Pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah teknik mengajar.
Selain itu, pada mggu ini kami juga telah diperkenalkan dengan cabang falsafah yang berkaitan dengan dunia pendidikan iaitu, metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik. cabang falsah ini juga disangkutkan dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melihat kaitan cabang falsafah ini dengan dasar pendidikan yang dijalan di sekolah.
Jika dilihat dari sedut metafizik, ia merupakan sudut yang berkaitan dengan sifat realiti yang perlu dilakukan kajian secara saintifik terhadap sesuatu itu. Cabang ini juga bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat. Bagi epistimologi pula meruapakan cabang falsafah yang berkaitaan dengan sifat semulajadi ilmu. Cabang falsafah ini memerlukan alasan yang rasional dan lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta.Ianya mementingkan kebenaran. menurut ahli psikologi falsafah ini mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai sesuatu, (Kneller1971). Aksiologi pula merupakan cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara lain yang berkaitan dengan aksiologi boleh dibahagi kepada 2 cabang iaitu etika dan estetika. Logik pula merupakan sains tentang pemikiran tepat dan brkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan. logik terbahagi kepada dua iaitu logik deduktif dan logik induktif.
Diakhir pengajaran kami diberikan tugasan untuk mengaitkan falsafah pendidikan kebangsaan denagan pelbagai cabang falsafah ini untuk menjadikan kami lebih memahami.

Tuesday, 14 May 2013
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
GURU BERKESAN
Guru Berilmu Menjana Pelajar Cemerlang
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Kaya ilmu
- bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
- Bermoral teguh
- sentiasa berusaha meningkatkan Kualiti hasil pengajaran
- Prihatin dengan kehendak ibu bapa dan pelajar
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar
- melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan, sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
- Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas'
- Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
- Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan serta pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi)
- Taat dan setia terhadap pekerjaan, mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bagi
- Bersikap profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Office for Standard in Education iaitu sebuah badan penaziran sekolah di United kingdom (sama seperti jemaah nazir sekolah di Malaysia) mengatakan terdapat tujuh aspek yang perlu ada bagi seorang guru yang cemerlang:
- Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
- Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
- Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
- Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
- Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
- Melaksanakan penilaian secara berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
- Memberikan kerja rumah kepada pelajar sebagai pengukuhan pelajaran yang dipelajari di sekolah
- Kecemerlangan Peribadi
- Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
- Kecemerlangan kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)