Pada Minggu Ke-6 ini kami telah berpindah tempat kuliah ke Pusat Daialog Peradaban yang mana mempunyai ruang yang lebih kecil sedikit. Objektif utama Dr. Zuraidah memindahkan tempat kuliah kerana inginkan pelajar dekat dengan pensyarah dan memudahkan proses interaksi dalam pembelajaran ini berlaku. Dalam ruang yang sederhana tersebut pelajar lebih selesa utk bertanya dan interaksi dua hala berjalan dengan lancar.
Untuk pembelajaran pada minggu ini kami telah didedahkan dengan pendekatan kurikulum dan sikap yang perlu ada bagi seorang guru dalam mendidik pelajarnya. Antara pelajaran hari tersebut ialah tentang objektif kurikulum seni visual, Tumpuan utama seni visual, 4 bidang dalam pendidikan seni visual KSSR.
Selian itu, kami turut didedahkan tentang interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan untuk mengajar. Seorang guru mempunyai sikap terpuji dalam menjadi contoh kepada pelajarnya. kami juga turuk diperkenalkan dengan model kurikulim pengajaran oleh TYLER.
Kesimpulannya, untuk kuliah pada minggu 6 kami lebih terarah kepada matlamat kuriklum sekolah dan bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berkesan dalam menyampaikan kurikulum tersebut kepada pelajar. Diakhir kelas kami diberi tugasan untuk mencari maklumat berkaitan pendekatan, kaedah, strategik pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment