Pada minggu ke-5 kuliah merupakan kuliah pertama bagi kelas pendidikan dan pengajran seni bermula bersama Dr.Zuraidah. Pada minggu ini kami didedahkan dengan apa itu Teori Pedagogi, mengikut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau dari sudut tradisi, Pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah teknik mengajar.
Selain itu, pada mggu ini kami juga telah diperkenalkan dengan cabang falsafah yang berkaitan dengan dunia pendidikan iaitu, metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik. cabang falsah ini juga disangkutkan dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melihat kaitan cabang falsafah ini dengan dasar pendidikan yang dijalan di sekolah.
Jika dilihat dari sedut metafizik, ia merupakan sudut yang berkaitan dengan sifat realiti yang perlu dilakukan kajian secara saintifik terhadap sesuatu itu. Cabang ini juga bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat. Bagi epistimologi pula meruapakan cabang falsafah yang berkaitaan dengan sifat semulajadi ilmu. Cabang falsafah ini memerlukan alasan yang rasional dan lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta.Ianya mementingkan kebenaran. menurut ahli psikologi falsafah ini mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai sesuatu, (Kneller1971). Aksiologi pula merupakan cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara lain yang berkaitan dengan aksiologi boleh dibahagi kepada 2 cabang iaitu etika dan estetika. Logik pula merupakan sains tentang pemikiran tepat dan brkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan. logik terbahagi kepada dua iaitu logik deduktif dan logik induktif.
Diakhir pengajaran kami diberikan tugasan untuk mengaitkan falsafah pendidikan kebangsaan denagan pelbagai cabang falsafah ini untuk menjadikan kami lebih memahami.
No comments:
Post a Comment