Laporan pemerhatian proses pembelajaran
telah dijalankan pada cuti pertengahan semesta iaitu pada hari selasa 9 April
2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Sedikit maklumat mengenai
sekolah ini adalah merupakan sekolah primer bagi daerah Mersing dimana para
pelajarnya merupakan pelajar yang dipilih masuk berdasarkan keputusan penilaian
sekolah rendah yang cemerlang.
Permerhatian telah dijalankan terhadap
kelas tingkatan 1 Smart 1 dan 1 Smart 3 untuk subjek Pendidikan Seni Visual yang
diajar oleh guru yang bernama Siti Khairuln Nisa. Pada hari tersebut tajuk yang
diajarkan oleh guru seni tersebut ialah tentang ‘warna’. Semasa proses
pemerhatian dijalankan saya dapat mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang diguna pakai oleh guru tersebut. Pemerhatian dilakukan untuk dua
masa sesi pembelajaran bagi kedua-dua kelas tersebut. Bagi pemerhatian secara
kasar, pendekatan dan pengendalian guru terhadap kelas Smart 1 dengan Smart 3
sedikit berbeza kerana perlu mengikut tahap penerimaan murid terhadap pelajaran
yang diajarkan oleh guru.
Permulaan kelas dimulakan oleh guru dengan
induksi untuk menarik perhatian murid supaya bersedia untuk menghadapi proses
pembelajaran sebentar lagi. Untuk kelas Smart 1 kawalan kelas agak mudah berbanding
dengan kelas Smart 3. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dilakukan untuk pemahaman arahan guru kelas Samart 1 mudah memahami arahan yang
diberikan guru dan perjalanan proses menyiapkan tugasan berjalaan denagan
lancer. Hal ini berbeza dengan pelajar Smart 3 kerana kebanyakan pelajarnya
kurang memahami arahan yang diberikan guru sehingga guru terpakasa memberi
tunjuk ajar kepada murid secara individu dari meja ke meja sehingga semua murid
faham.
1.Pendekatan
|
No.
|
Pendekatan
|
Laporan
|
|
1.
|
Pengajaran
berpusatkan guru
(Teacher
Centred)
|
|
|
2.
|
Pengajaran
berpusatkan bahan
(Tools
Centred)
|
|
|
3.
|
Pengajaran
berpusatkan murid
(Student
Centred)
|
|
|
4.
|
Pendekatan
deduktif
|
|
2. Kaedah
|
No.
|
Kaedah
|
Komen
|
|
1.
|
Penyelesaian
masalah
|
|
|
2.
|
Projek
|
|
|
3.
|
Kaedah
terus
|
|
3. Teknik
|
No.
|
Teknik
|
Komen
|
|
1.
|
Soal jawab
|
|
|
2.
|
Perbincangan
|
|
|
3.
|
Tunjuk
cara
|
|
|
4.
|
Simulasi
|
|
4. Strategi
|
No.
|
Strategi
|
Komen
|
|
1.
|
Specific
|
|
|
2.
|
Measureable
|
|
|
3.
|
Attainable
|
|
|
4.
|
Relevent
|
|
|
5.
|
Time-bound
|
|
Pengtafsiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Merupakan
suatu penilaian berasaskan sekolah yang dilakukan bagi membina peningkatan
pelajar dalam komunikasi dan penyampaian secara pembentangan. PBS merupakan
satu sistem yang mempunyai pelaksanaan yang tertentu, namun terdpat beberapa
kelemahan dan kelebihan kesan dariapda sistem ini yang dapat dilihat kepada
pelajar.
Kelebihan
- Mengurangkan beban pelajar terhadap corak pembelajaran menjurus kepada peperiksaan.
- Memberikan focus kepada pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.
- Menghapuskan sistem pembelajaran yang berpusatkan peperiksaan.
Kelemahan
- Tidak dapat dinilai secara tepat kekuatan pelajar yang sebenar berada di tahap mana.
- Pelajar menjadi malas (meletakan pelajar pada zon senang/selesa).
- Pelajar tidak akan berusaha kerana dia tahu dia akan boleh buat yang terbaik.
- Terlalu banyak peluang untuk membaiki kesilapan yang terbuka kepada pelajar (pelajar boleh mengulang).
- Walau macam mana pun, dia tahu dia mesti lulus dan akan Berjaya akhirnya.
Kesimpulannya dalam pembelajaran seuatau
kelas tidak akan dapat dipisahkan dengan pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang membantu dalam keseluruhan proses pembelajaran tersebut. Untuk
pemerhatian bagi kedua-dua kelas yang diajar pada hari tersebut, pencapaiaan
kedua-dua kelas masih ditahap memuaskan mungkin kerana factor pelajar yang
sudah sedikit matang dan merupakan antara pelajar yang pandai. Namun, terdapat
sedikit perbezaan antara kedua kelas tersebut dari segi kecekapan pemahaman
arahan yang diberikan oleh guru seni mereka.
Para pelajar memberikan kerjasam terhadap
arahan guru, cuma terdapat sebilangan kecil pelajar yang agak nakal terutamanya
di kelas 1 smart 3. Hal ini sedikit mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di kelas kerana kadang kala keadaan kelas berada dalam
tahap yang kurang terkawal. Diakhir
proses pembelajaran terdapat juga tidak mampu menyiapkan tugasan akibat
tidak fokus melakukan tugasan dan akhirnya menghantar sedikit lewat tugasan
yang diberikan.
No comments:
Post a Comment