Saturday, 18 May 2013

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, efektif dan psikomotor.
- Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
- Domain efektif digunakan untuk megukur kemahiran generik, yg telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam perbincangan secara berkumpulan.
- Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.

Aras Taksonomi

1. Pengetahuan (knowledge)

Menguji kebolehan pelajar untuk mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip.

2. Pemahaman (comprehension)
Menguji kebolehan pelajar untuk memahami, menterjermah dan menginterpretasi fakta, konsep asas dan prinsip. 

3. Aplikasi (application)
Menguji kebolehan pelajar menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

4. Analisis (analysis)
Menguji kebolehan pelajar mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan atau kaitannya.

5. Sintesis (synthesis) 
Menguji kebolehan pelajar mengabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

6. Penilaian (Evaluation)
Menguji kebolehan pelajar membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Hirarki Taksonomi




No comments:

Post a Comment