GURU BERKESAN
Guru Berilmu Menjana Pelajar Cemerlang
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Kaya ilmu
- bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
- Bermoral teguh
- sentiasa berusaha meningkatkan Kualiti hasil pengajaran
- Prihatin dengan kehendak ibu bapa dan pelajar
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar
- melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan, sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
- Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas'
- Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
- Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan serta pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi)
- Taat dan setia terhadap pekerjaan, mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bagi
- Bersikap profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Office for Standard in Education iaitu sebuah badan penaziran sekolah di United kingdom (sama seperti jemaah nazir sekolah di Malaysia) mengatakan terdapat tujuh aspek yang perlu ada bagi seorang guru yang cemerlang:
- Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
- Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
- Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
- Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
- Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
- Melaksanakan penilaian secara berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
- Memberikan kerja rumah kepada pelajar sebagai pengukuhan pelajaran yang dipelajari di sekolah
- Kecemerlangan Peribadi
- Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
- Kecemerlangan kerja


No comments:
Post a Comment