Friday, 17 May 2013

SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL MELAHIRKAN PELAJAR YANG HOLISTIK DARI SEGI J.E.R.I.S.

Sejak lahir lagi setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi. Semua ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Namun, tak semua keupayaan dan bakat itu dapat dilihat kerana kebanyakannya masih terpendam. Pendidikan seni visual merupakan salah satu subjek yang paling berkesan mampu memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat tersebut.

J- jasmani
Dalam pendidikan seni visual jasmani atau fizikal pelajar mampu terlatih melalui aktiviti atau kerja kreatif yang dihasilkan. Semua kerja seni perlu dilakukan dengan melibatkan penggunaan fizikal. Dalam pengajaran seni pelajar mampu membina kemahiran serta bakat yang terpendam dalam diri pelajar untuk dikeluarkan. Sebagai contoh kemahiran melukis dalam diri pelajar.

E- emosi
Emosi pulak merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan karya seni yang terbaik. Pelajar perlu mempunyai emosi yang stabil bagi melakukan sesuatu aktiviti seni. Melalui penghayatan, sesuatu idea untuk membuat karya itu mampu diwujudkan.

R- rohani
Rohani merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kerohanian iaitu menyedari dan menginsafi adanya pencipta. Melalui aktivisi seni pelajar mampu mupuk dan membina disiplin kendiri selain dapat membentuk akhlak mulia. Pelajar juga bolh mengaitkan seni dengan kehebatan ciptaan tuhan.

I- intelek
Melalui kerja seni dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis dalam merekacipta sesuatu. Selain itu tumpuan kepada daya berfikir pelajar kepada seuatau yg halus dalam menghasilkan sesuatu.

S- sosial
Melalui aktiviti seni ini interaksi dalam dunia seni antara pelajar dan guru dalam membina sesuatu karya yang kreatif. Selain itu, dalam seni nilai-nilai murni dapat dibentuk dalam diri pelajar seperti kesabaran, tanggungjawab, menghargai kurnian tuhan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment