Laporan pemerhatian proses pembelajaran
telah dijalankan pada cuti pertengahan semesta iaitu pada hari selasa 9 April
2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Sedikit maklumat mengenai
sekolah ini adalah merupakan sekolah primer bagi daerah Mersing dimana para
pelajarnya merupakan pelajar yang dipilih masuk berdasarkan keputusan penilaian
sekolah rendah yang cemerlang.
Permerhatian telah dijalankan terhadap
kelas tingkatan 1 Smart 1 dan 1 Smart 3 untuk subjek Pendidikan Seni Visual yang
diajar oleh guru yang bernama Siti Khairuln Nisa. Pada hari tersebut tajuk yang
diajarkan oleh guru seni tersebut ialah tentang ‘warna’. Semasa proses
pemerhatian dijalankan saya dapat mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang diguna pakai oleh guru tersebut. Pemerhatian dilakukan untuk dua
masa sesi pembelajaran bagi kedua-dua kelas tersebut. Bagi pemerhatian secara
kasar, pendekatan dan pengendalian guru terhadap kelas Smart 1 dengan Smart 3
sedikit berbeza kerana perlu mengikut tahap penerimaan murid terhadap pelajaran
yang diajarkan oleh guru.
Permulaan kelas dimulakan oleh guru dengan
induksi untuk menarik perhatian murid supaya bersedia untuk menghadapi proses
pembelajaran sebentar lagi. Untuk kelas Smart 1 kawalan kelas agak mudah berbanding
dengan kelas Smart 3. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dilakukan untuk pemahaman arahan guru kelas Samart 1 mudah memahami arahan yang
diberikan guru dan perjalanan proses menyiapkan tugasan berjalaan denagan
lancer. Hal ini berbeza dengan pelajar Smart 3 kerana kebanyakan pelajarnya
kurang memahami arahan yang diberikan guru sehingga guru terpakasa memberi
tunjuk ajar kepada murid secara individu dari meja ke meja sehingga semua murid
faham.
1.Pendekatan
|
No.
|
Pendekatan
|
Laporan
|
|
1.
|
Pengajaran
berpusatkan guru
(Teacher
Centred)
|
- Guru memainkan peranan dalam menunjukan dan menerangkan permulaan
idea untuk projek atau tugasan yang diberikan.
- Guru menunjukan contoh yang telah siap
kepada pelajar.
|
|
2.
|
Pengajaran
berpusatkan bahan
(Tools
Centred)
|
- Guru menggunakan pendekatan berpusatkan
bahan dimana alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan tugas yang
diberi.
- Guru juga mengarahkan pelajar membawa
keperluan untuk menjalankan tugas seperti gunting, gam, kertas lukisan, warna
dan majalah bergambar.
|
|
3.
|
Pengajaran
berpusatkan murid
(Student
Centred)
|
- Guru meminta pelajar menggunakan
kreativiti masing-masing untuk memotong gambar dari majalah mengikut bentuk
figura gambar yang dipilih.
- Terdapat pelajar yang silap memotong
kerana bentuk gambar terlalu komplek sehingga menyebabkan bahagian pada
gambar tersilap potong.
- Guru akan membimbing pelajar secara
individu supaya lebih faham dan membetulkan kesilapan pelajar tersebut.
|
|
4.
|
Pendekatan
deduktif
|
- Guru memberikan penekanan secara umum
mengenai tajuk pembelajaran hari itu iaitu tentang warna.
- Para pelajar didedahkan kepada sebaran
warna mengikut ton warna yang wujud.
- Setelah itu baru pelajar diajarkan cara
megeluarkan warna daripada gambar yang dipilih dari warna asal sehingga
menampakan ton warna tersebar ke atas kertas lukisan seperti contoh yang
ditujukkan guru.
|
2. Kaedah
|
No.
|
Kaedah
|
Komen
|
|
1.
|
Penyelesaian
masalah
|
- Pelajar perlu mencari idea untuk
menyelesaikan tugasan dengan melihat gambar secara teliti untuk membuat pembahagian
warna pada gambar yang telah ditampal ditengah kertas lukisan.
|
|
2.
|
Projek
|
- Kaedah projek merupakan aktiviti yang
dijalankan secara individu atau kumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.
|
|
3.
|
Kaedah
terus
|
- Guru memberi penerangan secara langsung
dan membantu pelajar dalam melakukan tugasan.
- Dalam kaedah ini ia melibatkan peranan
guru dalam memberi penerangan secara menyeluruh kepada para pelajar.
|
3. Teknik
|
No.
|
Teknik
|
Komen
|
|
1.
|
Soal jawab
|
- Wujudnya interaksi antara guru dengan
pelajar secara berkesan apabila wujudnya interaksi dua hala dalam komunikasi
di dalam kelas tersebut.
- Guru bertanyakan tentang idea kreatif
dari pelajar itu sendiri dalam mengolah contoh yang telah ditunjukan oleh
guru.
|
|
2.
|
Perbincangan
|
- Guru mengeluarkan dan mengulas pendapat
pelajar tentang tajuk yang diberi.
- Berlaku perbezaan pendapat daripada
pelajar tentang pandangan mereka terhadap tugasan yang diberikan.
|
|
3.
|
Tunjuk
cara
|
- Guru menggunakan peranannya dalam
menunjukan cara untuk menghasilkan tugasan tersebut secara spontan untuk
memberikan pemahaman yang lebih kapada pelajar.
- Setiap hasil karya pelajar akan berbeza bergantung
pada rupa bentuk gambar yang dipilih oleh pelajar.
- Guru menerangkan hasil akhir setiap orang
akan berbeza mengikut gambar yang dipilih dan kreativiti masing-masing.
|
|
4.
|
Simulasi
|
- Pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan dalam menyelesaikan
masalah yang diberikan oleh guru.
- Pelajar perlu meneliti gambar yang
ditampal serta mengeluarkan warna daripada gambar tersebut secara teratur
mengikut warna pada gambar yang dipilih.
|
4. Strategi
|
No.
|
Strategi
|
Komen
|
|
1.
|
Specific
|
- Pemilihan tajuk dan tugasan yang telah
ditetapkan oleh guru supaya pelajar dapat menerima kemahiran serta kaedah
perbelajaran secara tersusun, teratur mengikut tahap sukatan pelajaran.
|
|
2.
|
Measureable
|
- Pencapaian pemahaman kemahiran untuk
tugasan ini boleh diukur apabila guru memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan
dalam tempoh masa yang diberi iaitu dua masa pembelajaran.
|
|
3.
|
Attainable
|
- Setiap gerak kerja telah ditetapkan masa
oleh guru bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan terkawal.
- Selain itu, untuk memastikan setiap
langkah dalam tugasan tersebut dapat diikuti oleh setiap pelajarnya.
|
|
4.
|
Relevent
|
- Guru memastikan skop tugasan yang
diberikan kepada pelajar bertepatan dengan sukatan pelajaran mereka.
- Guru juga memastikan gerak kerja pelajar
menepati kaedah dan arahan yang diterangkan oleh guru kepada pelajar.
- Hal ini juga dapat memastikan pelajar
tidak silap faham dengan arahan yang diberikan oleh guru.
|
|
5.
|
Time-bound
|
- Guru perlu memastikan masa yang
diperuntukan cukup untuk pelajar menyiapkan tugasan di akhir masa
pembelajaran.
- Untuk kedua-dua kelas pelajar berjaya
menghantar tugasan diakhir kelas untuk proses PBS.
|
Pengtafsiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Merupakan
suatu penilaian berasaskan sekolah yang dilakukan bagi membina peningkatan
pelajar dalam komunikasi dan penyampaian secara pembentangan. PBS merupakan
satu sistem yang mempunyai pelaksanaan yang tertentu, namun terdpat beberapa
kelemahan dan kelebihan kesan dariapda sistem ini yang dapat dilihat kepada
pelajar.
Kelebihan
- Mengurangkan beban pelajar terhadap corak pembelajaran menjurus kepada
peperiksaan.
- Memberikan focus kepada pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.
- Menghapuskan sistem pembelajaran yang berpusatkan peperiksaan.
Kelemahan
- Tidak dapat dinilai secara tepat kekuatan pelajar yang sebenar berada di
tahap mana.
- Pelajar menjadi malas (meletakan pelajar pada zon senang/selesa).
- Pelajar
tidak akan berusaha kerana dia tahu dia akan boleh buat yang terbaik.
- Terlalu
banyak peluang untuk membaiki kesilapan yang terbuka kepada pelajar (pelajar
boleh mengulang).
- Walau
macam mana pun, dia tahu dia mesti lulus dan akan Berjaya akhirnya.
Kesimpulannya dalam pembelajaran seuatau
kelas tidak akan dapat dipisahkan dengan pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang membantu dalam keseluruhan proses pembelajaran tersebut. Untuk
pemerhatian bagi kedua-dua kelas yang diajar pada hari tersebut, pencapaiaan
kedua-dua kelas masih ditahap memuaskan mungkin kerana factor pelajar yang
sudah sedikit matang dan merupakan antara pelajar yang pandai. Namun, terdapat
sedikit perbezaan antara kedua kelas tersebut dari segi kecekapan pemahaman
arahan yang diberikan oleh guru seni mereka.
Para pelajar memberikan kerjasam terhadap
arahan guru, cuma terdapat sebilangan kecil pelajar yang agak nakal terutamanya
di kelas 1 smart 3. Hal ini sedikit mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di kelas kerana kadang kala keadaan kelas berada dalam
tahap yang kurang terkawal. Diakhir
proses pembelajaran terdapat juga tidak mampu menyiapkan tugasan akibat
tidak fokus melakukan tugasan dan akhirnya menghantar sedikit lewat tugasan
yang diberikan.