Monday, 25 March 2013

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan


ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERDASARKAN CABANG FALSAFAH


" Pendidikan di Malaysia adalah satu uasaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, " 
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Falsafah digunakan bagi membuat keputusan dalam membina kurikulum. Terdapat cabang-cabang falsafah yang menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara cabang falsafah tersebut ialah:

i.  Metafizik
Berkaitan dengan sifat realiti, Bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat. Dalam pendidikan seseorang guru seharusnya menerima keadaan seseorang pelajar itu dengan seadanya. Guru perlu ikhlas memberikan ilmu kepada pelajar. Sesuatu yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan sainstifik.

ii.  Epistimologi
Cabang falsafah yang berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu. Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta. Ianya memerlukan alasan yang rasional. Kita mencari kebenaran untuk mengesahkan sesuatu. Dua persoalan asas epistemology adalah “apakah yang membentuk ilmu?” dan “adakah ilmu tetap atau berubah?”. Jawapannya, ilmu boleh berubah mengikut keadaan.

iii.   Aksiologi
Merupakan cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah. Juga mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara lain yang berkaitan dengan nilai boleh dibahagi dengan estetika dan etika.

iv.   Logik

Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah. Berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan mengelirukan. Sains tentang pemikiran tepat. Prosedur untuk membezakan pemikiran sah dan yang mengelirukan, terbahagi kepada dua, logik induktif dan logik deduktif.

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.    Pendidikan suatu Usaha berterusan
      Melalui hasrat FPK, konsep Pendidikan Sepanjang Hayat dipraktikan dalam sistem  pendidikan supaya setiap individu dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dari semasa ke semasa. Pendidikan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu dapat menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan. 
 
2. Memperkembang Potensi Individu
    Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.

3.   Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  Perkembangan potensi individu amat penting untuk manusia sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan tertentu. Untuk membolehkan manusia memenuhi keperluan ini, semua potensi perlu dikembangkan.

 4.   Insan yang seimbang dan harmonis
  Insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kpd Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram,  ubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.
 
5. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
   Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain. 
 
6. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
    Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
 
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan 
   Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.
 
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
     FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai- nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.
 
9. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
   Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna dan amanah. Sentiasa mematuhi undang-undang Negara dan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
 
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
    Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
 
11. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara 
   Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju disamping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
 

Thursday, 21 March 2013

First entry

Malam yang tenang...jiwa yang sepi...

First entry...yeah..saya berjaya buat blog..dengan bantuan Sigulahangus & MizsMaisarah.Hopefully pasni bleh berdikari buat sendiri selepas pembelajaran pertama..Learning process still continue..:)

at 12.11am....malam jumaat...

Jum la tengok citer hantu Thai Ghost Game...


takutla sangat..!