ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERDASARKAN CABANG FALSAFAH
" Pendidikan di Malaysia adalah satu uasaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, "
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Falsafah
digunakan bagi membuat keputusan dalam membina kurikulum. Terdapat
cabang-cabang falsafah yang menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Antara cabang falsafah tersebut ialah:
i. Metafizik
Berkaitan dengan sifat realiti,
Bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat. Dalam
pendidikan seseorang guru seharusnya menerima keadaan seseorang pelajar itu
dengan seadanya. Guru perlu ikhlas memberikan ilmu kepada pelajar. Sesuatu yang
boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan sainstifik.
ii. Epistimologi
Cabang falsafah yang berkaitan
dengan sifat semula jadi ilmu. Lebih berminat kepada konsep-konsep selain
daripada fakta. Ianya memerlukan alasan yang rasional. Kita mencari kebenaran
untuk mengesahkan sesuatu. Dua persoalan asas epistemology adalah “apakah yang
membentuk ilmu?” dan “adakah ilmu tetap atau berubah?”. Jawapannya, ilmu
boleh berubah mengikut keadaan.
iii. Aksiologi
Merupakan cabang falsafah yang
berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi berkaitan dengan
nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.
Juga mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau
hodoh. Perkara lain yang berkaitan dengan nilai boleh dibahagi dengan
estetika dan etika.
iv. Logik
Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk
berfalsafah. Berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang
digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan mengelirukan. Sains tentang
pemikiran tepat. Prosedur untuk membezakan pemikiran sah dan yang mengelirukan,
terbahagi kepada dua, logik induktif dan logik deduktif.
Analisis
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Pendidikan suatu Usaha berterusan
Melalui
hasrat FPK, konsep Pendidikan Sepanjang Hayat dipraktikan dalam sistem pendidikan
supaya setiap individu dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
yang terkini dari semasa ke semasa. Pendidikan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu dapat menyesuaikan diri kepada pelbagai
perubahan.
2. Memperkembang Potensi Individu
Perkara
yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial.
Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan
yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.
3. Perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu
Perkembangan
potensi individu amat penting untuk manusia sentiasa berusaha untuk memenuhi
keperluan tertentu. Untuk membolehkan manusia memenuhi keperluan ini, semua potensi perlu dikembangkan.
4. Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang memiliki dan
menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan
keyakinan yang teguh kpd Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, ubuh
badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.
5. Kepercayan dan kepatuhan
kepada Tuhan
Unsur
yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada
Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap
manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu,
agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.
6. Rakyat Malaysia yang
berpengetahuan
Pendidikan
merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana
ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
7. Rakyat Malaysia yang
berketrampilan
Rakyat
Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk
memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan
sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut
dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia
FPK juga
menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan
nilai- nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan sehariannya.
9. Rakyat Malaysia yang
Bertanggungjawab
Menyedari
tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna dan amanah. Sentiasa
mematuhi undang-undang Negara dan berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
10. Rakyat Malaysia yang
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep
ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki
jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam
menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat
dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
11.
Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju disamping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju disamping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
No comments:
Post a Comment