Wednesday, 15 May 2013

MAJOR LEARNING THEORIES

1. Behavioral Learning
Pendekatan behavioris ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Dalam teori ini pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Dalam pembelajaran sesuatau 'rangsangan' yang diberikan akan menghasilkan tindakbalas terhadap perlakuan pelajar di dalam kelas. Selain itu, ia juga bersangkutan dengan keadaan sekeliling semasa proses pembelajaran dalam mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Hasil daripada kajian, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan tindakbalas.


2. Cognitive Developmental Learning
Dalam teori ini kajian mendapati pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkahlaku manusia. Manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman. Dalam hal ini manusia mampu untuk memerhatikan titik pertemuan antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ini dapat dilihat apabila setiap kali seseorang itu belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Dengan itu, terbukti yang sesuatu pembelajaran itu bermula melalui pengalaman yang dilalui. "Pengalaman merupakan salah satu proses pembelajaran ".

3. Humanistic Learning
Teori pembelajaran humanistik ini bergantung kepada emosi dan perasaan seseorang semasa pembelajaran. Setiap individu mempunyai cara belajar yang tersendiri. Hal ini merangkumi pengamatan, interprestasi murid tentang sesuatu peristiwa. Dalam pembelajaran ini setiap murid perlu mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Seseorang murid itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakkannya. Hal ini bermakna jika murid itu ingin berjaya dia perlu melakukan usaha ke arah untuk mencapai kejayaan itu dengan sendiri.Dalam teori ini ada menekankan pemantauan guru kepada pelajar untuk membimbingnya membentuk potensi diri ke tahap optimum.

No comments:

Post a Comment